Panduan Memilih Ikan Segar di Pasar

Panduan Memilih Ikan Segar di Pasar


Mungkin anda pernah mengalami atau pernah nampak sesetengah orang mengambil masa untuk memilih ikan segar di pasar.
Ia mungkin keadaan biasa tetapi pemilihan ikan merupakan satu tugas yang penting. Ada juga yang masih keliru dan tidak tahu bagaimana hendak membuat pemilihan ikan yang tepat.
Sekali imbas, ikan-ikan yang ditawarkan di pasar kelihatan seakan sama, namun terdapat butiran-butiran kecil yang perlu diberi perhatian.
Mereka yang diberi tanggungjawab untuk ke pasar bagi  membeli ikan untuk isi rumah haruslah mengetahui cara untuk memastikan kualiti dan kesegaran ikan yang dipilih.
Dengan mempunyai pengetahuan mengenai cara pemilihan yang tepat, anda boleh membuat penilaian sendiri semasa berada di pasar raya.

Bagaimana anda boleh belajar membuat pilihan yang tepat? Jangan risau, kami ada tips yang anda boleh praktikkan semasa di pasar raya!


             (source image : says.com)

1.   Mata ikan

Apa yang anda perlu perhatikan di sini adalah warna mata ikan. Anda akan dapat perhatikan terdapat dua warna yang berbeza.
Jika anda perhatikan mata ikan berwarna merah dan pudar, ini bermakna ianya tidak segar dan anda seharusnya elak memilih ikan sebegini. 
Ikan yang segar mempunyai mata yang jernih, berkilat dan bersinar dan cembung. Anda juga akan mendapati matanya timbul dan menonjol. 

2.   Warna Ikan

Dengan melihat kepada warna kulit ikan, anda boleh tahu sama ada ianya segar atau sudah lama.
Ciri-ciri ikan yang segar ialah warnanya berkilat, terang dan cerah. 
Anda juga boleh melihat kepada warna insang ikan. Yang segar, insang yang berwarna merah terang. 
Anda haruslah mengelakkan ikan yang kelihatan pucat kerana ia menunjukkan ikan tersebut adalah lama dan tidak segar. Insangnya pula berwarna kelabu atau coklat kehitaman.

3.   Bau Ikan


Anda juga boleh mendapati yang baunya juga boleh menentukan kesegarannya.
Ikan yang berbau bagaimana yang harus anda pilih?
Yang segar akan berbau agak hanyir, namun masih akan berbau laut.
Manakala, ikan yang tidak segar pula, mempunyai bau busuk, hanyir yang kuat dan sedikit masam. 

                      (source image : says.com)

4.   Tekstur Ikan

Dengan menggunakan hujung jari, cuba tekan sedikit badan dan perut ikan untuk merasa tekstur isinya.
Apa yang anda akan dapati ialah terdapat tekstur yang berbeza iaitu ada yang mempunyai isi yang keras dan ada juga yang terlalu lembik.
Persoalannya, mana satu yang anda harus pilih?
Pilihan yang anda wajar lakukan adalah memilih ikan yang mempunyai tekstur yang keras kerana menunjukkan ianya segar. 
Perut ikan yang sudah pecah dan juga yang mempunyai kulit yang lembut tidak wajar dipilih kerana sudah lama.

5.   Pilih Ikan Berlendir

Kesegaran ikan juga boleh ditentukan melalui keadaannya. Pernahkah anda perasan bahawa terdapat perbezaan apabila anda menyentuh ikan-ikan di pasar?
Ikan yang agak berlendir jernih pada sisik dan kulitnya menunjukkan ciri yang baik. Selain itu, anda juga boleh mendapati kulitnya rasa licin apabila disentuh.
Manakala, yang tidak segar pula terlalu berlindir dan tidak mempunyai mempunyai kulit yang licin menunjukkan ikan tersebut sudah lama dan tidak segar.

6.   Sisik dan Sirip yang kuat 

Anda boleh mendapati ikan yang lama mempunyai sisik yang kelihatan suram dan mudah tertanggal.
Elakkan memilih ikan sebegini kerana ianya tidak bagus untuk anda kerana sisiknya yang rapuh.
Ikan yang masih segar mempunyai sisik yang kuat melekat, berkilat dan sirip yang kuat.
Semasa anda memilih ikan, perkara ini juga perlu diberi perhatian dalam membuat pilihan yang berbaloi.
Kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa memilih ikan memerlukan sedikit ilmu pengetahuan dan kepakaran.
Adakah anda berminat untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan ikan segar? Daftar di Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (SELDEC).


Objektif penubuhan SELDEC adalah untuk menaikkan sosio- ekonomi para peladang dan nelayan di luar bandar melalui pemasaran secara online portal SELDEC.

Sistem rantaian pengurusan perniagaan, manfaat sumber yang sedia ada dan mengurangkan kos kitaran merupakan tujuan-tujuan utama SELDEC. 

Ini bermakna peniaga-peniaga kecil seperti nelayan, petani penternak dan pengeluar produk IKS, boleh memasarkan produk mereka di atas talian dan berurus niaga secara terus dengan pembeli. Sudah tentulah pembelian di atas talian adalah gaya hidup terkini yang mudah selain menjimatkan masa dan kos perjalanan. Harganya pula sudah tentulah jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Tanpa penglibatan orang tengah, peniaga-peniaga mampu mendapat manfaat yang jauh lebih baik dari segi pendapatan.

Oleh itu, ini merupakan inisiatif yang amat dialu-alukan kerana mampu menjana keuntungan yang lebih baik.

Penghantar barangan juga boleh menjana pendapatan sampingan bagi setiap barangan yang dihantar kepada pembeli.

Untuk memudahkan urusniaga pembelian, pelanggan boleh melayari laman web SELDEC. Pelbagai barangan segar dari laut, segar dari ladang dan segar dari oven di jual di atas talian dengan sangat mudah.
Mari daftar untuk mengembangkan perniagaan anda!

Layar www.seldec.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Comments